Banana bread pudding:
Bahan-bahannya:-
Butter untuk dilepakan di atas roti
4 keping roti sandwich
1 tin susu sejat
4 sudu gula kastor
2 biji telur
2 biji pisang
Sedikit kismis
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya:-
1. Sapukan butter pada kedua2 sisi roti
2. Potong roti menjadi kiub ( boleh skip)
3. Susun roti di dalam bekas yang tahan panas untuk mengukus. Kemudian, susun pisang yang di potong2 di atas roti.
4. Pukul sebati telur,susu,gula dan esen. Tuangkan bancuhan ke atas roti yang telah disusun tadi.
6. Taburkan kismis ke atasnya dan kukus selama 20-25minit.
Dapur Ummi
Sesudu Kesabaran...Sepinggan Kebahagiaan... Kisah dapurku...cerita tentang makanan...ekspresi diriku di atas sebiji kek
Saturday, June 11, 2016
Tuesday, February 16, 2016
Pandan Moist Cake

Dua tiga hari ni,kakchu asyik terbaca kawan2 sembang tentang kek pandan ni. Sedap sangat ke? Kakchu pun Google lah resepinye...terjumpa resepi blog mamadee, kakchu pun cuba,.....Subhanallah....memang sedappp...lemakkkk ... Sampai xsempat nak letak frosting.....now u see....now u don't!...
Di bawah ni kakchu share resepi yg di ambil dari blog mamadee. Mohon izin ye mamadee...
Cara penyediaan jus pandan
10 helai daun pandan
Sedikit air
1. Potong kecil-kecil daun pandan.
2. Tumbuk atau blend daun pandan dengan sedikit air.
3. Tapis air pandan dari daunnya dengan menggunakan penapis.
Bahan kek.
200g tepung kek (saya guna tepung gandum biasa)
1/2 sudu teh baking powder
125g unsalted butter ( suhu bilik)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh essen vanila
200g gula caster (kakchu guna 150g)
2 biji telur (gred a)
*75g santan kotak +25g air
*2 sudu besar jus pandan
*pewarna hijau
(Bahan bertanda * campurkan sekali)
Cara-caranya
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Sediakan loyang 8 inchi (saya gunakan loyang cupcake saiz medium so dapat 12 biji cupcake).
3. Campurkan tepung +baking powder. Ayakkan.
4. Pukul mentega, vanila dan garam dengan menggunakan mixer sehingga pucat.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga gebu.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul sehingga sebati.
7. Masukkan tepung dalam tiga bahagian berseoang seli dengan adunan santan.
8. Pukul sehingga semua bercampur mesra.
9. Masukkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan muffin.
10. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
**http://www.mamadeekitchen.com/2014/08/pandan-cupcake-with-gula-melaka-frosting.html
Selamat Pengantin Baru
Assalammualaikum wbt....
Kek atas kali ni kakchu buat utk adik sepupu yg tersayang Puteri Nabiha untuk dijadikan hantaran balas kepada pihak lelaki. Kakchu tidaklah berapa terer ..nak buat mcm ni sampai 5 jam. Kalu yg dah terer agaknya deme tutup mata aje buat.
Kek atas kali ni kakchu buat utk adik sepupu yg tersayang Puteri Nabiha untuk dijadikan hantaran balas kepada pihak lelaki. Kakchu tidaklah berapa terer ..nak buat mcm ni sampai 5 jam. Kalu yg dah terer agaknya deme tutup mata aje buat.
Deko-deko kek
Apa khabar kawan2?...dah lama xpost gambar kek, hari Ni kakchu nak pos gambar2 kek yg dah kakchu buat dalam masa 2 bulan ni. Tidaklah banyak, buat pun bila ada masa lapang je. Gambar atas ni,buat masa birthday encik suami pd 25/12 yg lepas. Dekonye mcm celebrate besar-besaran, padahe kami anak beranak jer,sengaje buat sebab tangan ni udah gatei nak mendeco, ater teman syiok sendiri ler....
Haaa, yg ni pulak buat bulan Januari baru ni, masa celebrate birthday January's babies...ramai wooo share 1 kek...hehehe termasuklah kakchu sendiri. Bakor sendiri,deko sendiri, nyanyi sendiri,potong sendiri...pendek kata, wa syiok sendiri....balun jangan tak balun
Thursday, December 10, 2015
Figurine Frozen Cake Topper
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
Bagi sesiapa yang tercari-cari Figurine untuk menghias Cake, bolehlah terus mesej/whatsapp/telegram kakchu ye. 018 3789937
Selain dari Frozen, Figurine bagi karakter Princess dan My Lil Pony pun ada. Untuk pertanyaan boleh terus whatsapp/telegram kakchu nanti ye.
Bagi sesiapa yang tercari-cari Figurine untuk menghias Cake, bolehlah terus mesej/whatsapp/telegram kakchu ye. 018 3789937
Selain dari Frozen, Figurine bagi karakter Princess dan My Lil Pony pun ada. Untuk pertanyaan boleh terus whatsapp/telegram kakchu nanti ye.
Tuesday, November 12, 2013
Step by step cake deco
![]() |
| 1. Kek dibelah 2, kemudian lapisan pertama dilapiskan dengan chocolate buttercream dan chocolate coin. |
![]() |
| 2. Ambil lapisan kedua dan letakkan di atas lapisan tadi. |
![]() |
| 3. Pakaikan 'Foundation' :) supaya mudah nak lekat cream utk hiasan nanti. |
![]() |
| 4. Kemudian, bolehlah dipakaikan 'bedak' tebal-tebal ye...hehehehe |
![]() |
| 5. Bila dah pakai bedak...bolehlah di pakaikan gincu,maskara,eye-shadow bagai...kihkihkih |
![]() |
| 6. Akhir sekali, pakaikan gelang dan aksesori mengikut majlis yang hendak dihadiri..hakhakhak |
Saturday, October 12, 2013
Carrot-Walnut cake sempena Aidil Adha
Subscribe to:
Comments (Atom)













